Sunday, April 18, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa dan Siakap Stim Yang Korang Mesti Cuba..

Assalamualaikum..Hello! Semangat mengupdate di pagi Ahad!hehe.. Tau tak mana nak cari ikan siakap 3 rasa dan ikan siakap stim lemon yang sedap dan kedai tu dekat je dengan rumah korang(Untuk yang tinggal di Ampang)..Tak payah nak pergi Umbai atau Port Klang.. Tak tau? Meh sini aku bagitau..

Ikan siakap dekat kedai ni, pada pendapat tekak aku, memang fresh. Tak kesah la dia beli tu fresh atau pun tak..Tapi pada pendapat aku..Ikan tu takde rasa lumpur(kebiasaan rasa ikan air tawar) dan isinya memang wallaweh lembut dan juicy..(asal aku yang asyik telan air liur nih)

Tengok-tengok!Ikan siakap 3 rasa dekat atas ni, walaupun korang nampak cilinya berterabur banyakya, tapi jangan risau. Kepedasannya berada di tahap normal. Yang tak tahan pedas pun boleh makan. Ikan ni, dimasak rangup diluar tapi isi dalamnya tetap lembut..Memang kalau makan, nak lagi dan nak lagi..

Yang ini pulak ikan siakap stim lemon.. Kalau dah order ni, tak payah oder tomyam dah.. Memang cukup order ikan ni dengan telur dadar je..Dah dapat makan macam 3 lauk. Ikan, tomyam(sebab berkuah dan masam),dan telur..Nampak tak isi ikan ni? Putih gebu je kan? Rasanya..Memang nyum nyum nyummm \0/

Ini lah kedainya.. Di celah-celah bangunan yang tak ramai pun orang nak usahakan. Famili aku try makan dekat sini mula-mula tu sebab kedai yang kitorang selalu pergi tu tutup. Aleh-aleh sekarang.. Dah tak pergi dah kedai tu.. Makan dekat sini je.. ^_^v

Banyak lagi masakan best dekat sini. Tukang masaknya pun memang dari Kelantan. Aku cerita pasal ikan ni je dalam entry ni sebab dekat kedai ni je yang aku boleh dapat masakan dua ni yang sangat sedap dan harga berpatutan tanpa tax dan service charge bagai..

Lupa pulak, kedai ni dekat Rasmi Jaya, Ampang. Sederet dengan Sekolah Islam Ilmi (sekolah ni dekat blok rumah kedai ni jugak). Rumah aku, 5 minit je dari sini.. Kalau siapa-siapa dari Ampang.. Tempat ni dekat je dengan korang..


Food Note: Gambar ni di ambil masa dinner malam tadi..hehe..

7 comments:

Aimi A.Z said...

Wah, semangat! Bagus. Weh, ko ni kasi aku terliur pagi2... Ish. Kalau nak g, ko bawakkan leh? :P

Nas said...

Muahaha!best2!berjaya mengeluarkan air liur org di pagi hari\0/ ish..ape pulak tak boleh..jom2!

sya said...

sedap..lazat..menyelerakan..
cakap berdasarkan pengalaman.. ;)

nad said...

waaa..dah la tengah lapau nih.kasi meleleh je.tetibe aku terase nak mkn capati hauahahah

echah_syed said...

rumah baru ekk.lapo lapo lapo...! :D

HaNiM PoSh said...

cikunder!!
capati pulakkk ku teringin....sungguh x de kaitan!apa kaitan thai food dgn capati??

nad said...

kaitannye: dua2 pun makanan haha..
i know u want too