Wednesday, February 15, 2012

Makanan Di Ghuangzhou

Salam..

Lamanya dah tak update blog ni... Terlalu banyak makan sampai tak tau nak upload yang mana satu..haha.. Oleh sebab dah lama tak update, aku nak share gambar-gambar makanan dekat Ghuangzhou, China.. Aku pergi bulan 12 tahun lepas.. Fresh lagi gambar ni. Baru 2 bulan..hehe..

Pada aku, makanan dekat sana ok lah..not bad.. Cuma tak berasa sangat..N lagi satu.. Hati2 jangan sampai tergigit...Tergigit apa eh..Bila aku tanya orang-orang yang sama trip dengan aku diorang kata lada hitam muda.. Rasa dia Ya Allah.. Menyilukan! sampai ke belakang lidah n gusi semua rasa nyilu sangat..Agaknya orang sana tak pandai memedaskan makanan pakai cili tapi pakai lada hitam muda tu.. Kalau lah diorag tau pedas itu sedap dan nyilu itu tak sedap mesti diorang banyak pakai cili dalam masakan..huhu

Percayalah..sekali dah tergigit..Pasti akan mematikan selera anda..Jadi, hati2.. 


Ini bawang yang diorang goreng..Bawang je okeh..


Ini tauhu..Sangat sedap!


Ikan ni masak apa aku pun taktau..Kat dalam nilah yang paling banyak lada hitam muda tu..-_-"


Su'un nilah yang ada rasa Malaysia sikit..terus tak sabar nak balik...


Tauhu..Nampak macam sedapkan?sebenarnya tak sangat..huhu..


Sayur...


N sayur lagi..


Ayam ni sedap! Macam ayam roasted nasik ayam..nyum nyum..


Ini cendawan..

Gambar ni aku combined kan sepanjang 4 hari Trip aku ke Ghuangzhou.. makanan ni memang travel agensi dah oderkan..Kitorang tinggal makan je..N dalam setiap hidangan diorang tu memang banyakkk sangat sayur sayuran.. Suke suke.. ^_^

Ok, sekian...jumpa lagi.. ^_^

Friday, August 26, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Aiskrim Tutti Frutti

Assalamualaikum..

Fuhh fuhhh... Tiup habuk kat blog ni...Shiannnn blog ni diabaikan.. Jalan-jalan cari makan bermula lagi!\0/ Kali ni kite pergi makan aiskrem pulak.. Asyek makanan berat je kan... Jom kite g makan makanan pencuci mulut tapi makan tahap byk gile...


Kalau tiba-tiba tekak terasa nak makan aiskrem pergilah cuba dekat Tutti Frutti.. aku pergi dekat kedai area Wangsa Walk.. Tutti Frutti ni adalah yogurt yang dijadikan aiskrim.. So, akan adelah rasa masam-masam tu.. Dalam banyak-banyak perisa, aku suka coklat je... Sedap... Yang lain tu masam yang..yang...err... masamlah... Yogurtkan...Tapi coklat memang sedap!


Semuanya layan diri dekat Tutti Frutti ni.. Jangan buat muka tercengang lama sangat.. Ada poster yang ajar kita step by step utk penyediaan aiskrem ni .. =p Yang bekas hijau saiz kecik yang pink saiz besar..Yang hijau tu pun dah besar pada aku..

Ini mesin aiskrem..Amik lah berapa byk yang kite suke..tapi byr pun mahai la ye..Kat atas ni perisa-perisa aiskrem yang ade.. Percayalah..Asikrem coklat Tutti Frutti ni memang terbaek...Ini kitorang gabungkan semua perisa... Ini topping aiskrem.. Yummy!\0/ Tadddaaaaaaa\0/ Dah siap.. Yumm Yumm.. Habes sudaaa...

Inilah keadaaan dekat dalam Tutti Frutti Wangsa Walk... Selesa ^_^


Sekian...Sile lah cube...Kompem tak menyesal... Eh..Lupa nak ckp.. Harga utk aiskrem yang kitorang amek tu RM20.. ^_^v


Friday, July 16, 2010

Keropok Lekor Paling Lazat!

Assalamualaikum...

Harini nak berkongsi pengalaman pergi makan keropok lekor yang super yummy masa bercuti dekat Kelantan dengan Terengganu minggu lepas..hee..Kawan aku suggest untuk pergi beli keropok dekat Bukit Tok Beng. Berdekatan dengan jalan nak pergi Airport Kuala Terengganu. Kalau kita dari Bandar Kuala Terengganu memang lalu rasanya jalan ni..Tak tau la kalau ada jalan lain..hee..

Bukan kedai menjual keropok je rupanya. Siap macam mini kilang keropok dekat situ..Eksaited gila aku tangkap-tangkap gambar. Yela, tak pasal-pasal dari nak beli keropok je, macam dah sampai pulak dekat kilang keropok..

Aku beli keropok lekor yang dah direbus untuk dibawa balik ke rumah.. Seringgit je satu batang. Dah la besar.. Fuhh..Berbaloi-baloi beli..Aku beli jugak keropok lekor yang dah digoreng untuk kitorang makan dalam kereta dan tak sabar nak rasa keenakan keropok tu.. Makan-makan je..Perghh..Memang sedap! Thums Up to BTB!!\0/

Ok, Jom layan gambar.. ^_^

Banner yang terjatuh sebelah tu menunjukkan diorang sangat bz untuk membetulkan balik...kihkih


Tengok orang beratur..Macam nak cucuk duit kat ATM kan?


Besar gila api dia...


Tak sabar nak tunggu keropok yang dah bergoreng nih..


Yummy!!!\0/
Kepada kawan-kawan yang akan melancong dekat sana..Jangan lupa nyinggah ye.. ^_^
nota kaki: Terkenang-kenang lagi kesedapannye..





Monday, June 28, 2010

Berat dah turun! \0/

Assalamualaikum..

Lama pulak tak update blog ni.. Macamana nak update.. Tengah menghentikan program jalan0jalan cari makan ni sekejap..Sebab tengah bergiat nak kuruskan badan! Hari tu, timbang 61.8kg..Perghh..Mana la tak eksaited nak meneruskan program mengurangkan jalan-jalan cari makan ni.. Lagi pun, tempat yang kitorang makan sekarang ni, tempat yang sama jugak..Adehh.. -_-"

Cuba-cuba jugak cari gambar lama-lama..Tapi tak cantik la view hasil pengangkapannya..hehe.. Takpe, lepas ni. Akan cuba mencari tempat baru dan cuba untuk kurus lagi!

Tak tau la kurus ni sebab pergi umrah haritu atau bergiat minum Rx-Lite ni.. ^_^ Tapi akan meneguhkan diri minum Rx-Lite! \0/

Tuesday, May 11, 2010

Warung Santai @ Tesco Ampang

Pernah makan dekat Warung Santai di Tesco Ampang? Wajib cuba tau.. Sebab boleh tahan jugak sedapnya.. Tapi tempat ni taklah sesantai namanya..Sebab sentiasa full.. Kena beratur panjang.. Tempat duduk tak banyak sangat..
Famili aku selalu telefon, untuk booking tempat dulu sebelum pergi..Senang...Tak payah nak beratur n tunggu lama untuk oder ^_^ No telefonnya 03 -9281 8173.. Untuk booking tempat n oder terus makanan melalui telefon..Ok, Jom tengok apa yang selalu kitorang makan dekat sini..

Ikan Siakap Masak Pedas.. Famili aku ni, memang suka makan ikan siakap..Sebab tu kalau korang tengok, asyik ikan siakap aje yang menjadi pilihan dihati..hehe.. Emm, agak pedas..Yelah, nama pun dah pedaskan..Untuk siapa-siapa yang tak tahan pedas, boleh pilih masak sweet n sour atau tiga rasa..Best jugak tau.. ^_^

Ini juga makanan wajib..Tom Yam..Tom Yam kat sini light sikit.. Ada setengah-setengah tempat, tomyam yang diorang pekat bersantan.. Kalau siapa-siapa yang suka yang light, boleh la datang sini. Tapi untuk aku yang suka Tom Yam, light ke tak..Semua aku telan..hehe..

Dan ini pula sayur-sayuran sebagai makanan sehat..

Jom Pergi Warung Santai! Untuk menikmati makanan yang enak.. Yummy.. ^_^



Food Note : Baru makan tengahari tadi..hehe..

Wednesday, May 5, 2010

Rojak Sedap di Bellamy

Balik dari inspection dekat Kem TUDM tadi, TA aku ajak pergi makan rojak dekat Bellamy.. Setahu aku, ikan bakar Bellamy je..Taktau pulak rojak pun ada..Dia cakap, "Jom try..Rojak paling sedap"

Tak jauh pun daripada TUDM..dalam 5 minit je..Sebelah Pernama.Kedai tentera.. Aku taknak kalah, try la oder rojak special..Sebab dalam gambar ada sotong kembang..Yummyy..Sangat suka sotong kembang..
Bila dah sampai..Emm.banyak jugak...Tabahkan hati habiskan sebab banyak..Tekak aku ni, nak makan nasi je..Tapi, memang sedap..Korang kena cuba.. ^_^

Harga?Lupa nak tanya..Main bayar je..hee...Tapi rasanya, harga dia berbaloi-baloi..






Food note: Yeesss!!Akhirnya ada entry makanan..