Monday, April 26, 2010

Sotong Goreng Tepung

Aku kurang suka sotong... Tapi sotong kembang tu aku suka.. Aku tak suka sotong...Sotong..weh!Sotong apa namanya yang kita potong-potong jadi bulat tu??? Lantak la..Haa..Sotong tu la.. Aku kurang suka.. Masak la apa-apa pun..Aku kurang suka..

Tapi... Kalau sotong ni dibuat Goreng Tepung..Aku boleh makan berpinggan-pinggan.. Sedapnyeeeeeee!!!!

Kalau nak rasa yang sedap, pergi Ampang Point. Tingkat 2.. Kedai makan tu namanya Octopus. Yumm Yummm!!Tersedap di Alaf ini!! \0/

Haaa..Meleleh tak tengok?




Food note: Akan kumpul banyak gambar dekat kedai ni dan upload kemudian.. Thai n Japan Cuisine

Saturday, April 24, 2010

Kebab Ayam Tarbush Yang Terkenang-kenang

Mari ke Tarbush!!\0/ Tarbush ni, dulu-dulu mana ada restoran.. Ada jual kebab je dekat dalam Ampang Point tu.. Kebab ayam RM4, Kebab kambing RM5.. Sekarang dah takde kebab kambing dah..Ada kebab ayam je.. Tu pun dah RM6..!!!!

Aku memang suka gila kebab ni sebab dia tak macam kebab biasa yang ada cili sos sume. Yang ni dia letak ada yang warna putih tu tapi taktau la apa nama dia. Rasa masam-masam dan garlic..(Adui..meleleh air liur!!)

Aku kalau lapar-lapar, gi makan kebab ni je pun dah ok dah tuk aku.. ^_^

Ok..Jom layan gambar..Dua gambar je pun..Gambar kebab pun takde..Dah abeh telan baru teringat nak ambik gambar.. :p
Ini yang kakak aku order. Shish Tawok kalau tak silap nama dia.. Haa..yang putih macam mayonis tu la yang aku cakap sedap tu.. ^_^ Yang ni kebab versi kau+dah+order+sila+balut+sendiri!

Yang ni pulak Sambosa..Tapi ayah aku bantai je cakap popia.. Ayah aku suka yang ni.. Kalau dia tak lapar la..Kalau dia lapar dia order nasi..kuikui...



Food Note: Hari ni hari sabtu!Harap-harap jap lagi keluar cari makanan!!!\0/

Tuesday, April 20, 2010

Rasa Seindah Rupa..

Assalamualaikum ^_^ Korang pernah makan dekat Cozy Corner tak? Aku dah lama dah tak makan kat sini.. Dulu, waktu zaman kanak aku, ayah aku selalu bawak makan Cozy Corner dekat Sujitsu(sekarang nama nya Plaza Ampang City yang tak femes.hehe)

Selepas berapa lama, kitorang sangat lah terkejut tengok harga setiap makanannya. Sangat mahal!!! Tapi, bila dihantar ke meja..Wahh!Portionnya sangat banyak! Memang untuk 4-5 orang.. Kira berbaloi la kalau datang satu famili. Kalau sorang atau berdua, banyak sangat la..Tak larat nak bayar..huhu...

Okei..Jom tengok senarai makanan dan harga.. Ohh ye..Kitorang mintak makanan yang sama macam kitorang makan zaman dulu-dulu..hehe

Ini Chicken with Cashewnut yang maintain kesedapannya.. RM18.00 sepinggan..

Ini Telur Foo Yung.. RM12.00 sepinggan

Yang ni tak ingat namanya..RM10.. Sedap! Tapi mak aku pun boleh buat yang sama sedap..hehe..

Ini senarai air kitorang..Dalam blog ni, akan ada gambar makanan je.. Sebab aku satu famili.. Memang minum air kosong..Nak-naknya aku..Memang tak minum air manis.. Kalau ada pun, mak n ayah aku suka order teh o kurang manis.. So, harga tak melambung sangat la tiap kali makan. sebab save dekat air..kuikui...


Food note: Kitorang pergi Ahad lepas...




Sunday, April 18, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa dan Siakap Stim Yang Korang Mesti Cuba..

Assalamualaikum..Hello! Semangat mengupdate di pagi Ahad!hehe.. Tau tak mana nak cari ikan siakap 3 rasa dan ikan siakap stim lemon yang sedap dan kedai tu dekat je dengan rumah korang(Untuk yang tinggal di Ampang)..Tak payah nak pergi Umbai atau Port Klang.. Tak tau? Meh sini aku bagitau..

Ikan siakap dekat kedai ni, pada pendapat tekak aku, memang fresh. Tak kesah la dia beli tu fresh atau pun tak..Tapi pada pendapat aku..Ikan tu takde rasa lumpur(kebiasaan rasa ikan air tawar) dan isinya memang wallaweh lembut dan juicy..(asal aku yang asyik telan air liur nih)

Tengok-tengok!Ikan siakap 3 rasa dekat atas ni, walaupun korang nampak cilinya berterabur banyakya, tapi jangan risau. Kepedasannya berada di tahap normal. Yang tak tahan pedas pun boleh makan. Ikan ni, dimasak rangup diluar tapi isi dalamnya tetap lembut..Memang kalau makan, nak lagi dan nak lagi..

Yang ini pulak ikan siakap stim lemon.. Kalau dah order ni, tak payah oder tomyam dah.. Memang cukup order ikan ni dengan telur dadar je..Dah dapat makan macam 3 lauk. Ikan, tomyam(sebab berkuah dan masam),dan telur..Nampak tak isi ikan ni? Putih gebu je kan? Rasanya..Memang nyum nyum nyummm \0/

Ini lah kedainya.. Di celah-celah bangunan yang tak ramai pun orang nak usahakan. Famili aku try makan dekat sini mula-mula tu sebab kedai yang kitorang selalu pergi tu tutup. Aleh-aleh sekarang.. Dah tak pergi dah kedai tu.. Makan dekat sini je.. ^_^v

Banyak lagi masakan best dekat sini. Tukang masaknya pun memang dari Kelantan. Aku cerita pasal ikan ni je dalam entry ni sebab dekat kedai ni je yang aku boleh dapat masakan dua ni yang sangat sedap dan harga berpatutan tanpa tax dan service charge bagai..

Lupa pulak, kedai ni dekat Rasmi Jaya, Ampang. Sederet dengan Sekolah Islam Ilmi (sekolah ni dekat blok rumah kedai ni jugak). Rumah aku, 5 minit je dari sini.. Kalau siapa-siapa dari Ampang.. Tempat ni dekat je dengan korang..


Food Note: Gambar ni di ambil masa dinner malam tadi..hehe..

Saturday, April 17, 2010

Kami Gemar Ayam Penyet!

Assalamualaikum..

Untuk entry yang pertama ni, aku nak bercerita pasal makanan yang menjadi kegemaran aku sekeluarga. Banyak sebenarnya makanan yang kitorang suka. Memandangkan ayah aku memang suka bawak kitorang berjalan-jalan ke kedai makan sejak kecik lagi..


Tadaaaa!!!Yang menjadi pilihan hati kami adalah Ayam Penyet. Kitorang selalu pergi Restoran Ayam Penyet yang dalam Wangsa Walk.. Kedai ni bukak setiap hari dari pukul 12 tengahari.. Ye..Amat menyukarkan untuk kami yang kadang-kadang pukul 11 pagi pun dah sebok nak cari makanan tengahari..hee..

Menu di atas adalah menu wajib kitorang. Ayam Penyet.. Emmm..Sedap!Hingga menjilat jari! Oleh sebab aku amat suka makanan macamni, sebab tu lah masa dekat Bandung haritu aku boleh jadi gila, merasa semua lauk-lauk yang terhidang atas meja..Wallawehh..Rasa nak pergi lagi sana. Makan!Makan!Makan!

Ini Lele Penyet..Lele adalah Ikan Keli..Kitorang jarang order. Sebab adik aku cakap tak berbaloi oder. Harga sama dengan ayam. Yee..dia memang kedekut -_-" Ayah aku pulak selalu oder daging.. Mak aku suka Pecel..Ala, Pecal sebenarnya.. Kakak aku? Dia yang perkenalkan tempat sebenarnya..(First time dia bawak tempat yang best!)

Ohh yee!Tidak dilupakan juga terong belado sebagai sayur tambahan..Walaupun dekat tepi-tepi menu utama tu dia dah letak salad dan timun. Sayuran tambahan perlu juga ada sebagai penambah selera..^_^



Ok, Sekian dulu entry pertama...Selamat Membaca lagi.. ^_^




Food Note: Sedang mencari dalam semua folder dalam komputer, gambar-gambar makanan yang memang dah sediaada banyaknye..



Friday, April 16, 2010

Selamat Datang~

Haii!!Selamat Datang ke blog baru aku.. Selangkah ke Alam Makanan..Haha! Oleh sebab aku amat menggilai makananan, dan terlalu banyak cerita pasal makanan yang aku nak kongsikan dengan korang, aku dengan secara oficialnya buat satu blog menceritakan pasal makanan sahaja..

Harap-harap blog ni akan kekal lama..ffuhh!ffuhh!!(jampi sikit..)

Ok!Harap-harap blog ni dapat bawa faedah untuk orang-orang yang membacanya..\0/