Tuesday, May 11, 2010

Warung Santai @ Tesco Ampang

Pernah makan dekat Warung Santai di Tesco Ampang? Wajib cuba tau.. Sebab boleh tahan jugak sedapnya.. Tapi tempat ni taklah sesantai namanya..Sebab sentiasa full.. Kena beratur panjang.. Tempat duduk tak banyak sangat..
Famili aku selalu telefon, untuk booking tempat dulu sebelum pergi..Senang...Tak payah nak beratur n tunggu lama untuk oder ^_^ No telefonnya 03 -9281 8173.. Untuk booking tempat n oder terus makanan melalui telefon..Ok, Jom tengok apa yang selalu kitorang makan dekat sini..

Ikan Siakap Masak Pedas.. Famili aku ni, memang suka makan ikan siakap..Sebab tu kalau korang tengok, asyik ikan siakap aje yang menjadi pilihan dihati..hehe.. Emm, agak pedas..Yelah, nama pun dah pedaskan..Untuk siapa-siapa yang tak tahan pedas, boleh pilih masak sweet n sour atau tiga rasa..Best jugak tau.. ^_^

Ini juga makanan wajib..Tom Yam..Tom Yam kat sini light sikit.. Ada setengah-setengah tempat, tomyam yang diorang pekat bersantan.. Kalau siapa-siapa yang suka yang light, boleh la datang sini. Tapi untuk aku yang suka Tom Yam, light ke tak..Semua aku telan..hehe..

Dan ini pula sayur-sayuran sebagai makanan sehat..

Jom Pergi Warung Santai! Untuk menikmati makanan yang enak.. Yummy.. ^_^



Food Note : Baru makan tengahari tadi..hehe..

Wednesday, May 5, 2010

Rojak Sedap di Bellamy

Balik dari inspection dekat Kem TUDM tadi, TA aku ajak pergi makan rojak dekat Bellamy.. Setahu aku, ikan bakar Bellamy je..Taktau pulak rojak pun ada..Dia cakap, "Jom try..Rojak paling sedap"

Tak jauh pun daripada TUDM..dalam 5 minit je..Sebelah Pernama.Kedai tentera.. Aku taknak kalah, try la oder rojak special..Sebab dalam gambar ada sotong kembang..Yummyy..Sangat suka sotong kembang..
Bila dah sampai..Emm.banyak jugak...Tabahkan hati habiskan sebab banyak..Tekak aku ni, nak makan nasi je..Tapi, memang sedap..Korang kena cuba.. ^_^

Harga?Lupa nak tanya..Main bayar je..hee...Tapi rasanya, harga dia berbaloi-baloi..






Food note: Yeesss!!Akhirnya ada entry makanan..

Tuesday, May 4, 2010

Kali Ni Entry Tentang Minuman Kegemaran..


Assalamualaikum.. Tengah kurang berjalan-jalan mencari makanan pulak aku ni..Tapi takpe..Aku akan mencari gambar-gambar lama dekat dalam komputer aku.. Tapi, buat masa sekarang, aku nak kongsi dengan korang minuman apa yang aku duk minum sekarang ni.. Minuman ni.. RxLite.. Produk kurus.. hehe..

Series.. Aku tak suka benda yang bersusu.. Tapi, rasa produk ni, macam milo kurang manis..Yess..Aku sangat suka..Tak rasa tension bila nak minum..
Aku ni, jenis tak suka nak amalkan diet, or ubat-ubatan diet yang banyak dekat pasaran sekarang ni..Satu pun aku tak berminat nak cuba..Sebab semua tu suruh aku makan produk diorang, dan berlapar..Huh??!! Gile.. Kalau nak berlapar..Buat apa aku beli produk diorang..Baik aku berlapar jeee...

Yang ni, aku berminat nak cuba.. Sebab kakak yang jual ni cakap, lepas makan ni kita akan rasa kenyang. N produk ni bukan buang lemak secara berlari-lari pergi toilet sebab cirit birit. Tapi, akan keluarkan toksin melalui buang air kecil n peluh.. Dan kalau nak cakap lepas makan produk ni, kita boleh makan apa saja yang melintas, dan secara automatik akan kurus.Aku rasa tak logik la.. Tapi, nasib baik kakak tu cakap, makan la apa sahaja, tapi KURANGkan karbohidrat..Yess..Aku suka nasihat yang logik macamtu..

Aku dah mula makan 3 hari..Aku ambik pagi sebelum breakfast dan malam, sebelum makan..Betul lah..Pagi, aku tak rasa lapar pun..N tak rasa penat.. Aku boleh pergi kem.. N tengahari baru makan. Aku memang selalu skip breakfast.Tapi selalunya, tengahari tu, aku akan makan sebanyak mungkin sebab lapar dan penat..Tapi dah 3 hari ni, lunch tu aku makan sikit je..Cepat kenyang dan aku tak penat pun nak buat macam-macam kerja.. Fuh!!Puas hati jugak..

Aku dah lama cari produk yang boleh kurangkan sikit selera makan aku ni..Bukan apa, aku ni terlalu cepat lapar. N apa je makanan yang terlintas dekat kepala aku ni..Aku memang Nak Jugak!Nak Jugak!! Macamane nak kurus??

Ok, aku dah timbang berat aku hari ahad haritu 2 Mei 2010, 64kg.. Aku akan cuba sampai habis dua kotak..Tengok ada perubahan tak..N aku harap-harap aku tak hangat-hangat tahi ayam..Sebab aku ni memang spisis tu sikit..hee..

Nasrina!!Berusahalah!!!Doakan aku berjaya ye.. Sebab aku cepat penat la bila berjalan..Walaupun kalau korang tengok gambar aku, korang akan cakap "Hakeleh..Takdelah gemuk mana.." Tapi, kalau Fara Fauzana pun ada part-part dia yang perlu dikecikkan, macam tu jugak la aku..-_-"





Food note: Akan update kan pasal kekurusan ni, dalam blog ni sebab berkaitan dengan makanan ^_^