Friday, July 16, 2010

Keropok Lekor Paling Lazat!

Assalamualaikum...

Harini nak berkongsi pengalaman pergi makan keropok lekor yang super yummy masa bercuti dekat Kelantan dengan Terengganu minggu lepas..hee..Kawan aku suggest untuk pergi beli keropok dekat Bukit Tok Beng. Berdekatan dengan jalan nak pergi Airport Kuala Terengganu. Kalau kita dari Bandar Kuala Terengganu memang lalu rasanya jalan ni..Tak tau la kalau ada jalan lain..hee..

Bukan kedai menjual keropok je rupanya. Siap macam mini kilang keropok dekat situ..Eksaited gila aku tangkap-tangkap gambar. Yela, tak pasal-pasal dari nak beli keropok je, macam dah sampai pulak dekat kilang keropok..

Aku beli keropok lekor yang dah direbus untuk dibawa balik ke rumah.. Seringgit je satu batang. Dah la besar.. Fuhh..Berbaloi-baloi beli..Aku beli jugak keropok lekor yang dah digoreng untuk kitorang makan dalam kereta dan tak sabar nak rasa keenakan keropok tu.. Makan-makan je..Perghh..Memang sedap! Thums Up to BTB!!\0/

Ok, Jom layan gambar.. ^_^

Banner yang terjatuh sebelah tu menunjukkan diorang sangat bz untuk membetulkan balik...kihkih


Tengok orang beratur..Macam nak cucuk duit kat ATM kan?


Besar gila api dia...


Tak sabar nak tunggu keropok yang dah bergoreng nih..


Yummy!!!\0/
Kepada kawan-kawan yang akan melancong dekat sana..Jangan lupa nyinggah ye.. ^_^
nota kaki: Terkenang-kenang lagi kesedapannye..